Monday, 25 November 2013

Rezeki ??

Baru-baru ini aku telah pun meletakkan surat MSS yang dioffer oleh syarikat. Walaupun begitu aku tetap menyayangi syarikat tempat ku berkerja setelah selama 20 tahun aku mencari rezeki namun atas ketentuan Nya aku dengan rela hati meletakkan jawatan genap pada umurku 42 tahun. Nun disudut hati aku masih nak berkerja lagi tapi bukan rezeki ku disini lagi maka aku perlu terus mencari rezeki di tempat yang lain dengan pekerjaan yang setaraf atau pun tidak. Aku pun tak boleh mengharapkan orang lain kecuali aku sendiri.

Ini kah rezeki ??? Inilah rezeki seramai beberapa staf yang memohon tidak diluluskan namun aku salah seorang yang berjaya menerima habuan ini. Syukur Ya Allah.

Dalam beberapa bulan dan hari lagi aku pasti akan meninggalkan jawatan ku dan memulaikan dengan hari yang baru dan penuh semangat. Aku tidak akan putus asa dan terus mencari rezeki dengan apa juga keadaab sebab aku memang suka berkerja.

Semoga Allah mempermudahkan untuk ku..

Wednesday, 13 November 2013

Keputusan peperiksaan anak-anakku

Syukur Alhamdullilah..walaupun keputusan peperiksaan anak-anak tidak seperti yang aku dambakan , namun aku perlu bersyukur atas apa jua keputusan yang telah diumumkan..kesedihan masih bersarang dihati namun apa kan daya ianya nya tidak dapat dikembalikan..

Ini adalah ketentuan, aku pasrah dalam tiada rela. Aku berharap agar mentari kejayaan tetap bersama dengan mereka . Aku pula perlu merangka dan melangkah terus bagi mencorakkan masa depan anakku demi kebaikan mereka.


Ya Allah kau bantulah aku.

- Belum jadi kenyataan lagi wahai "oh dream dalila"

Monday, 28 October 2013

Entahlah...





Keterikan cuaca diluar memberi aku kerinduan pada solat dhuha. Agak lama aku meninggalkannya akibat keuzuran ku yang memang menjadi tetamuku pada setiap bulan. Rindunya ku untuk bersujud pada mu Ya Allah, lantaran diketika aku merasa sedih , dan rasa berteka teki serta ingin mengadu tentang diriku serata memohon kau pertunjukkan kebaikan kepadaku.

Zikirku tidak lepas dar bibirku namun kerisauan sering bertamu jika aku menginggatkan nya. Ahh ghhh.


Sebentar tadi jam 9:10 am aku pergi mendegar tlilmat tentang VMS . Memang niat ku hanya mendengar sahaja tanpa ingin rasa bertanya. Bertentang mata dengannya pun aku rasa menyampah. Aku masih mengingati bait-bait katanya kepada ku. Berdendam juga aku ni tapi apa kan daya memang itu lah hakikatnya . Selesai taklimat aku  terus angkat  punggung dan tanpa menoleh kebelakang.  Malangnya..eh malang ke ntah aku pun tak tahu..terserempak lagi dengan dia tu..Dia menegur ku dan memberitahu tentang surat daripada MEM dan dia bagitaw aku yang dia nak letakkan aku dibawah department dia. Eeee...menyampahnya nape lah aku tak dapat pergi ketempat yang aku nak...Aku mendengar dengan rasa tak berapa suka, dia kata kenapa macam tak suka ke..aku kata kenapa saya tak dapat pergi di tempat ....dia kata banyak department yang kena slash..dan di department dia boleh letak dua orang lagi. Aku kata dulu kata tak de kosong. bongok kan ke..Apa agaknya agenda dia kan.  

Aku nekad dalam hati moga aku diberi kebebasan memilih tempat yang aku mahu  atau mungkin sudah tiba masanya aku perlu meletakkan jawatan dan mengambil VMS. Rezeki ada dimana-mana..Sesungguhnya ini bukan jalan yang aku mahukan tetapi aku takut akan diperkotak katikan. Kepada mu aku memohon pertolongan kau bantulah aku membuat keputusan.

Aku perlu memandang ke hadapan bagi menjana kehidupanku dan keluargaku. Ya Allah kau berkatilah keputusanku.Dan mendapat keredahaan dari apa sahaja yang aku lakukan.

Ya ALLAH berilah hidayah kepada ku, berikanlah aku sebagaimana kau memberikan kepad hamba-hambamu yang soleh

Lagu Nasir wahab berkumandang pulak Aduhh sedihnya, walaupun bait lirik tiada kena mengena dengan diriku.


Seindah pada waktu itu
Dalam sendu membelaiku
Asmra melewati
Kala sendu

Tersurat prpishan Ini
melayari hari
Terpadamlah api
Cinta yang menyala

Bridge:
Buka alasan itu
Yang ku mahu darimu
Impian yang ku bina
Pudar layu
Tiada bermakna


Setelah lama ku korbankan
Tiada bererti
Dan biarkan terasing disini

Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri


Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-memori-cinta-luka-nassier-wahab.html#ixzz2j4lyPnBi

Indahlah jika impian menjadi kenyataan - dream dalila.



Friday, 25 October 2013

Syukur Alhamdullilah

Syukur Allhamdullilah aku panjatkan syukur pada Illahi. Permintaan ku dikabulkan oleh Nya. Mudahan-mudahan perpindahan ku mendapat berkat dan kebaikan darimu Ya Allah.

Ketidakpuas hati dari pihak disana sehingga menghubungi pihak yang menandatangani surat perpindahanku namun setelah surat itu telah selamat diedarkan. Dan pihak disana perlu lah aware dan fikirkan dimana perlu akan diletakkan.

Hatiku berdetik sekiranya ianya begitu sukar dimasa hadapan maka aku perlu berundur dan menerima  tawaran VMS  agar masalah tidak terjadi lagi.

Syukur kepada mu Ya Allah kerana sudi mendegar luahan hatiku.

Tuesday, 17 September 2013

Syukur Alhamdullilah

Ya Rabbi, Ya Rohman, Ya Rahim
Sesungguhnya kaulah yang maha pemurah dan amat mengasihi. Maka kau ampuni lah aku.

Cuaca ketika ini amat tenang sekali seperti tenangnya hati ku ini buat masa ini. Sekiranya mendung lagi tidak dapat ku bayangkan. Sesekali aku begitu syahdu dan syukur Alhmadullilah Allah mengmakbulkan hajat ku. Sememangnya aku amat mensyukuri rahmatmu Ya Allah.

Penantianku akan berakhir, buat seketika aku amat gembira sekali.Sujudku kepadamu kau terima , kau dengari hajatku maka kau restui hajatku. Semoga ianya memberi kebaikan kepada ku dunia akhirat. Ya Allah betapa aku mengagumi mu, keagunganmu,kekuasaanmu melebihi segalanya.Dan Kau permudahkan . Adakah ini adalah kebetulan? oh tidak aku tidak perlu meraguinya. Ini adalah ketentuanmu .Aku amat mensyukurinya.

Terkenang pada keletah anakku pagi tadi, kesihan rasanya tetapi apakan daya aku perlu meneruskan perjalanan untuk ke tempat kerja . Jika tidak pasti aku memujuknya. Tetapi aku perlu tegas supaya anak manja itu mendapat pengajaran daripada kesilapannya. Aku tidak mahu biarkan kesilapan ini berterusan.
Wahai anak ibumu amat menyayangimu dan tidak tega kau terus menangis. Sabar anakku kembali ke rumah nanti akan ibu pupuk dipunggung untuk meredakan amarahmu.

Ya Rohman Ya Rahim
Kau lindungilah aku dari dizalimi dan limpahkan rezeki ke atas ku dan keluargaku. Kau berikanlah kekayaan dunia dan akhirat serta berkatilah rezekiku. Amin Ya Robal Alamin.

-dream dalila-

Saturday, 14 September 2013

Terguris hatiku

Sementara menunggu hujan lebat pada hari jumaat lepas, aku berhajat untuk menemui Pengurus Besar HR lebih awal dari temujanj yang diberikan. Alhamdulillah dapat juga aku bertemu ,kerana sebelum ini amat sukar untuk bertemu dengannya. Aku pun tak tahu mengapa?adakah dia saja mengelak bertemu  atau setiausahanya yag tidak pandai memenuhi kehendak staff yang lain. Pada petang itu aku menemuinya dengan harapan mendapat penjelasan yang bersarang dihati. Dengan rasa teruja aku menemui beliau, melalui riak wajahnya  dapat ditafsirkan bahawa dia tidak berminat  untuk menemuiku.Namun aku terus juga menanyakan beberapa soalan yang berlegar yang menganggu ku. Dengan penerangan yang diberikan dengan rasa sombong dan tiada ketokohan professional setaraf dengan jawatannya jelas mengatakan ianya satu kesilapan syaikat ditempat kerjaku mengambil dia bagi mengisi jawatan tersebut. Biarpun sijil bertimbun kelayakannya memang diragui.Keegoan,komunikasi,tindakannya memang diragui, apatah lagi percakapannya penuh dengan ugutan. Perlukah seorang pengurus besar mengugut staff untuk diberhentikan..perlukah...atas sebab apa ?hanya sebab staff seperti aku minta ditransfer. 

Jika benarlah Syarikat menanggung kemelesetan yang kritikal, staff tidak patut dipersalahkan. Staff hanya berkerja mengikut perintah yang diberikan, Setiap ketua yang berkelibar akan membantu staff jika ada staff yang mengalami masalah pada pekerjaannya, barulah hasil pekerjaannya excellent.

Bersambung pada penceritaanku tadi dengan Pengurus tadi, setiap patah perkataannya aku simpan dan yang paling menyedihkan hatiku dia seolah tidak mahu memahami masalah aku dan tidak berjaya menyelesaikan masalah aku. So aku dapat simpulkan bahawa dia memang worse menjadi Pengurus Besar Human Resources. Memang betul lah beberapa rakan memberitahu yang dia memang STUPID mulanya aku tidak berapa setuju dengan kenyataan rakan, namun seteah aku melalui sendiri ianya memang benar.

Pada hari rabu nanti aku akan bertemu pula dengan"Madam" untuk penjelasan seterusnya..Moga-moga mendapat penjelasan dengan sempurna dan tidak menyakitkan hati ku.

Ya Allah aku bukan bedemdam namun kau jauhkan Pengurus dari syarikat tempatku yang menjadi kesayanganku . Nyahkan dia dari situ.

Amin...




Wednesday, 11 September 2013

Masih tiada penyelesaian lagi

Bila berbulan aku bersama syarikat ini dan bangunan ini, aku masih tidak rasa serasi dengan suasana disini. walaupun rakan-rakan baik-baik belaka namun keserasian tiada disini. Masih mengharapkan keajaiban untuk balik ke tempat asal. Ya Allah permudahkan dan perkenankan doaku .Segala usaha dan iktihar telah dilakukan baik dari segi bahagian yang meminta atas pertolongan seorang kawan. namun hasilnya masih belum terima.

Ya Allah , inikah halangan untukku untuk kembali ke sana, apakah ini satu kelu untuk aku tidak meneruskan harapan aku. Ya Allah inikah ia..

Ya Allah kau restui lah permintaanku, berikanlah kebaikan atas permintaan ku ini samada didunia dan diakhirat. Aku berharap kepadamu Ya Allah.

Luaskan rezekiku Ya Allah, bukakan lah pintu hati mereka untuk melepaskan aku kembali kesana. Lembutkan hati mereka-mereka yang menguruskan permohonan ku untuk segera mengambil tindakan.

Ya Allah kepadamu aku berserah jiwa raga. kau makbulkan doa-doa ku dimana sahaja aku menadah tangan.

Doaku di Tanah Suci, di Baitullah, dan ketika malam lailatul Qadar...kau makbulkan Ya Allah. Kau sahaja yang akan menentukan dan mengetahui. 

Padamu Ya Allah tenangkan hatiku ...sabarkan hatiku..


Wednesday, 21 August 2013

Oh Bosannya aku

Kenapa hari ini amat membosankan sungguh. kerja-kerja pejabat langsung tidak ada.Dengan situasi aku macam ni memang amat membosankan aku...teringat aku sewaktu berada ditempat lama aku..kesibukan memang maksimum dan langsung tiada sedetik pun untuk berlegar-legar. Namun hati aku puas dan happy. Rasanya kuasa ada ditanganku..dan mereka yang mmerlukan perlu mendapatkan pendapatku dahulu.  Argh kini tiada lagi.Aku macam tiada harga mungkin aku yang merasai perasaan itu,Namun apakan daya takdir yang menentukan segalanya.

Ya Allah permudahkan lah hal-hal ku, dan berkati.restuilah keputusanku dan semoga ianya memberi kebaikan kepada ku dunia dan akhirat.

-dream dalila-

Tuesday, 13 August 2013

Allah dengarilah Hajatku..

Ya Allah kau dengarilah hajatku,kau kabulkan permintaanku..Ya Allah kau maha mengetahu apa yang tersirat didalam hatiku..Ya Allah tolongilah Aku. Ya Allah aku tidak gembira berkerja disini, aku mahu kembali ditempat kerja lamaku.Ya Allah kau tunjukkan jalan kepada ku..agar aku boleh kembali lagi di tempat kerja ku..

Apakah ini kebaikan ?Apakah ni bencana?apakah ini kejatuhan? aku perlu bersabar..aku perlu bersabar..
kau tingkatkan kesabaran ku Ya Allah..tenangkan hati ku dn sangkakan yang baik-baik didalam hatiku..

Amin

Dream dalila

Akukah yang terpilih - Malam Lailatul Qadar

Maha suci Allah, kau pengasih,kau pengampun ,kau pencipta seluruh alam,kau maha agung dan kau maha berkuasa. 'Aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad itu pesuruh Allah'.

Malam lailatul qadar adalah malam yang sering aku impikan sejak dari dulu lagi namun tidak pernah kukecapi tetapi pada malam itu 27 Ramadhan 1434 aku merasai aku mendapat jemputan malam itu.Seperti tidak percaya apa yang aku alami namun aku perlu yakin bahawa malam Lailatul Qadar itu memang hadir dan aku adalah salah seorang hamba yang dililih olehNya.Bukan niat hati hendak menunjuk tetapi sekadar melepaskan rasa hati yang teramat gembira. Dahulu aku hanya memasang niat untuk mendapatkan Lailatul Qadar tetapi tiada usaha tetapi mungkin tahun ini niatku pasang berserta usaha yang berlipat ganda. Memang tidak ku nafikan semenjak aku disenaraikan untuk mengerjakan umrah dan seterusnya dapat mengerjakan umrah hati aku tidak sama macam dulu.Kalau dulu amalan solat sunat kurang tetapi kini aku rasa tidak cukup jer, kalau dulu mengaji hanya tunggu malam jumaat kadang-kadang tidak langsung lantaran kepenatan dan mengantuk tapi kini jika tidak membaca quraan atau membaca tafsir tidak keruan hatiku. Mulut ni rasanya nak berzikir jer kalau tak berzikir rasa kekurangan dalam diri. Pemakaian ku mula berubah tetapi tidaklah sampai mengenakan jubah seharian..tetapi cukuplah sesiapa yng mengenali ku kata "amboi bukan main bersarung tangan,berstokin sejak balik umrah'. Aku hanya tersenyum jika ada rakan yang menegur, aku anggap teguran mereka seperti mencurahkan air didaun keladi'.

Aku ingin menceritakan detik-detik pada malam itu dan amalan yang aku lakukan disepanjang malam itu. Malam tu kan sepatutnya kami sekeluarga akan berbuka bersama di sebuah hotel, nasib baik hati kecil ku mengatakan rugi kalau pergi ..so aku buat keputusan untuk tidak menyertai biras ku berbuka puasa disitu dan setelah berbincang maka keputusan kami agar membatalkan sahaja 'reservation iftar' pada malam itu.  Malam itu setelah berbuka dirumah dengan juadah yang sederhana aku mengikut suami ke surau untuk berterawih , sebelum sampai 10 malam terakkhir aku hanya berterawih dirumah sahaja dengan 8 rakaat sahaja. Tetapi 10 malam terakhir aku gandakan sedikit dan pada 27 Ramadhan itu aku berterawih sebanyak 20 rakaat pada kali ke 2 pada bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdullilah..Allah permudahkan.  Apabila kembali kerumah anak-anak masih belum tidur oleh kerana mereka masih menonton tv aku mengarahkan mereka untuk tidur kerana akan bersahur pada keesokannya waktu itu jam menunjukkan pukul 12:15 malam. Aku mula mengunci 'alarm' sebelumnya aku mengunci jam pukul 3pagi , tapi bila 'alarm' berbunyi mesti sampai jam 330 aku bangun, tetapi malam itu aku kunci jam 2 pagi pada hematku paling lewat pun aku boleh bangun jam 230 pagi. Tepat jam 2 pagi alarm pun berbunyi, tak tahu kenapa senang betul aku nak bangun terus ke bilik air gosok gigi dan ambil air sembahyang dan terus melakukan solat taubat,hajat,tahajudd dan membaca al-quraan..lepas tu aku berzikir pulak masa tu jam dah menunjukkan lagi 30 minit pukul 4pagi..mata mulai mengantuk aku berdetik pejam mata kejaplah memang mengantuk ..lagi pula semalam aku bekerja ..takpe lah  ditanganku masih bergantung tasbih ..baru melandingkan badan disejadah mata tutup aku rasa 00.0 setengah saat aku rasa ditolak kuat agar tidak tidur, aku terus bangun mulut macam menyembur-nyembur berzikir lailahaillah Allah...ehh dadaku rasa berdebar-debar mata ku mula memadang kehadapan, bunyi benda jatuh dan suara garau..adakah suara suamiku yang kebetulan tidur diruang tamu bersama anak bungsunya..tapi suara garau tu kedengaran 2 kali..tapi aku diamkan jer dan aku teruskan berzikir dan dalam hati berkata dia malaikat datang aku terima dan inikah rahmatmu ya Allah..aku mulai berdoa memohon keampunan seperti yang diajar oleh Rasullah kepada isterinya jika Lailatul qadar menemuinya. Jam mula menunjukkan  lagi 10 minit ke pukul 4pagi. Aku bedetik didalam hati untuk memasak nasi dan pergi ke tandas untuk membuang air kecil malangnya bila aku tekan air di tandas tidak boleh pelik lah pulak padahal tak guna lagi pun air takkan air tak da. okey lah takpe lah, aku menuruni tangga untuk kedapur untuk memasak nasi, tergerak nak membuka pintu untuk meninjau keadaan langit..masyAllah kelihatan langit cerah seakan-akan remang-remang senja ..kelihatan kelipan cahaya diluar rumah jiranku. pokok-pokok bergoyang kuat tapi takde angin pelik kan...apa tu ya kata hati ku..adakah malaikat atau imbasan cahaya tetapi kelipan cahaya sentiasa  diluar rumah jiranku..aku mula menadah tadah jika ini lailatul qadar kau ampunkan aku Ya Allah, tiba-tiba aku berkata didalam hati buat apa aku tungu disini baik aku sembahyang..aku mula solat sunat dan berdoa apa yang telintas dikepala ku..moga-moga doa aku dimakbulkan Wallahualam..

lepas tu aku turun mengejutkan suami, suami pun solat selepas dia solat dia keluar dia kata malam ni lailatul qadar ..titis air mula membasahi bumi. Syukur Alhamdullilah.

keesokan harinya cuaca mendung dan sejuk..rakan whatsApp mulai mengatakan malam tadi malam Lailatul Qadar..terima kasih Ya Allah memakbulkan permintaanku dan memberi aku peluang melihat dan merasai malam yang bertuah itu. Aku lah yang kau pilih Ya Allah, aku memohon pertolonganmu Ya Allah agar aku dapat mempertingkatkan amalan ku ni, elakkan aku dari maksiat dan dosa-dosa. Berilah kesabaran kepada ku dan kau limpahi rezeki dan rahmati lah aku .

Peristiwa lailatul Qadar 

Lailatul Qadar merupakan sebuah peristiwa penting yang terjadi pada bulan Ramadan. Pada malam Lailatul Qadar, malaikat Jibril bersama malaikat lainnya turun ke bumi atas izin Allah untuk mengurus segala urusan di bumi. Segala doa dan amalam akan dinilaikan selama seribu bulan.

Allah berfirman: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Alquran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS Al Qadr: 1-5). 


Penutup
Tiada yang mustahil jika kita hendak mendapatkan Lailatul Qadar.Asalkan ada kesungguhan dan niat.Dan beramal lah dengan sebaik mungkin, janganlah beramal pada hari-hari yang tertntu sahaja ,adalah lebih baik jika amalan itu dilakukan secara berterusan sehingga akhir hayat. Semoga aku tidak tergolong dari hamba yang lalai. Ya Allah kau lindungi aku, suamiku,anak-anakku , ibuku dan setiap saudaraku. Amin

dream dalila -


Sunday, 28 July 2013

Sujudku hanya padamu Ya Allah


 Semenjak aku pulang mengerjakan umrah aku memang tekad untuk melakukan solat yang waktunya sebahagian dari malam yang selalu disarankan oleh ustaz atau ustazah sebelum pergi menunaikan umrah. Kini aku melatih diri melakukan solat  malam setiap hari tanpa miss sekalipun kecuali tetamu jemputan bulanan yang memang tidak dapat di elakkan. Mengimbau masa silam sebelum mengerjakan umrah, aku terasa betapa ruginya aku tidak menyahut seruanNya, malah saban hari Allah mengejutkan aku untuk mengerjakan solat dan menunaikan hajat yang selalu aku pasang dalam hati sebelum tidur tapi malangnya selalu tidak kesampaian akibat tidur yang lebih mahal harganya dan hasutan syaitan yang berjaya melenakan aku . Lazimnya setiap malam aku akan terjaga untuk membuang air kecil atau rasa dahaga, tetapi tidak pernah mahu untuk bersujud untuk melakukan solat tahajjud atau hajat, rasanya lebih baik tidur kerana beralasan esok berkerja atau aku akan menunggu hari cuti untuk melakukan solat-solat ini.

Surah Al-Insan Ayat 26 bermaksud;

"Dan (dengan apa keaddan pin maka) pada bahagian daripada waktu malam sujudlah pada Tuhan (dengan mengerjakan solat) dn (seboleh-bolehny) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sola Tahajjud), pasa sebahagian yang panjang daripada waktu malam"

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Bak kata pepatah Yang bulat tidak datang melayang dan yang pipih tidak datang bergolek.

Seperti tahun-tahun yang lalu ketika dibulan ramadhan , aku akan menyediakan juadah sahur bagi kaum keluargaku . Tetapi tahun ini aku melakukan kelainan untuk diriku sendiri iaitu aku akan set alarm jam lebih awal , maknya  aku berpeluang melakukan solat-solat sunat , bertilawah sementara menunggu masa untuk menyediakan sahur.Kalau dahulu aku hanya melakukan solat sunat sahaja tanpa tilawah itupun dengan keadaan masa yang terdesak.

Benar, setiap Ramadhan umat islam disarankan bangun sahur dan ini secara tidak lansung memberi kita latihan pratikal untuk kta bangun solat malam. Bezanya samada amalan ini diteruskan atau hanya dilakukan sebagai tradisi sahaja. Namun persoalannya sempatkah kita bertemu bulan Ramadhan  pada tahun depan?

Maha suci Allah Allah memberi aku ruang untuk melakukan amalan ini. Syukran,  ini lah  peluang yang Allah berikan kepadaku untuk menghambakan diri dibulan yang amat mulia ini dan  memberi nikmat yang tidak tehringga kepada ku  sendiri. Tidak mampu diucapkan melalui kata-kata cukuplah sekadar aku yan merasainya. Terima kasih Ya Allah nikmat yang kau berikan pada ku.

Terima kasih Ya ALLAH , semoga kau menerima ibadat ku selama-lamanya.


-Dream dalila-



Friday, 26 July 2013

Kuasa doa oleh Ustaz IAzhar di TV Alhijrah


 
 Assalamualaikum wbk,

Pagi ini agak  dingin , hembusan angin sepoi sepoi bahasa di luar rumah seolah-olah berada  di tepi pantai. Begitu nyaman dan syahdu. Cuaca pula tenang saja dan cahaya di langit tidak berapa panas. memang rasa tenang sangat. Pagi tadi selepas solat dhuha dan bertilawah  hati rasa tersentuh bila mana di setiap ayat yang tertulis nama Allah dan Rasullah tetiba sayu sangat sehingga menitik air mata ku, apakah rahmat dari Allah betapa sayu sangat terbayang-bayang Kaabah,dosa-dosa silam. Tersedu-sedu aku menahan airmata jatuh..aah..inikah rahmatmu Ya Allah. Aku terima rahmat pun , aku rindu mu.

Selepas mengemas rumah seadanya, Siaran Al-Hijrah pada pagi ini menjadi pilihan.   Tajuk tazkirah pagi ini amat tersemat di hati dan aku mula coretkan untuk panduan ku dan pembaca kalian

Ketika Rasullah SAW ingin berhajat maka beliau Rasullah SAW akan berdoa secara consisten , maka kita sebagai manusia biasa perlu juga perlu berdoa secara consisten. Perlu hayati dan ikhlas untuk berdoa. Jika ita memohon sesuatu hajat maka jangan kita lupa bahawa Allah itu akan memakbulkan doa kita tetapi dengan syarat kita perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemakbulan hajat tersebut.

Firman Allah Ta'ala ;
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ {186}


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186).
Tafsir Ayat : 186

Ayat ini adalah jawaban dari suatu pertanyaan, beberapa sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada beliau seraya berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Rabb kami itu dekat hingga kami membisiki-Nya ataukah Dia jauh hingga kami menyeruNya?” , kemudian turunlah ayat, { وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ } “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat” karena sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Mengawasi, Maha Melihat dan Mengetahui apa yang tersembunyi dan dirahasiakan, Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati dan Dia sangat dekat dari orang yang berdoa kepadaNya dengan mengabulkannya, oleh karena itu Dia berfirman, {أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ } “Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu” berdoa itu ada dua macam, doa ibadah dan doa meminta.

Menurut Ustaz Izhar, Sesiapa yang berdoa , maka Allah akan memakbulkan doa nya dan diberi cash contohnya doa yang kita mohon Allah akan memakbulkan serta merta, seandainya doa kita tidak dimakbulkan serta merta maka doa itu akan dimakbulkan dan diberikan pada generasi kita atau diberikan kepada pada waktu yang tertentu  ataupun doa itu dimakbulkan dan diberikan ketika dipadang Masyar di akhirat kelak.
Afdal berdoa
Jika berdoa sebaiknya berdoa selesai solat fardhu 

Adab berdoa

1). Mencari waktu mustajab berdoa
    - Hari jumaat ketika khatib naik mimbar (waktu mustajab) dari jumaat sampai magrib
    - Sepanjang dibulan ramadhan 
    - Ketika  menunaikan hajihari-hari di Arafah, bermalam di Mina dan  di muzalifah

 Tanda doa kita dimakbulkan  ialah sentiasa dipermudahkan  contohnya Jika kita berdoa untuk mengerjakan umrah tetiba dapat kita rezeki dan segala pemprosesan untukk mendapatkan visa tidak ada masalah.cepat  tak de masalah.

Jadi tak sabar nak tunggu mingu depan untuk menonton TV Alhijrah untuk menyambungan penjelasanadab berdoa. Mudahan aku diizinkan untuk mendengar penjelasan ustaz.

Semoga doa kita semua diperkenankan oleh Allah SWT. InsyAllah

Wassalam.-dream dalila



Friday, 19 July 2013

Sayunya hati-Rumah jagaan & rawatan orang tua Al-ikhlas,puchong

Assalamualaikum, semoga ramadhan ini akan memberkati kita dan menjadi kenanagan terindah buat diri rakan-rakan dan mereka yang sudi melayari blog yang daif ini.

Bagaimana keadaan ayah ibu anda semua?adakah mereka sihat?Sudah makan kah dia?Sudah minum ke dia?Bulan puasa ni juadah apa yang mereka makan?Agaknya pukul berapa dia pergi menunaikan solat  terawih di surau atau masjid? Pernahkah  terfikir jika ibu ayah tiada , apa perasaan kita. Jika ibu ayah sedang sakit?Dapatkah kita menjaganya?Sedang mereka sakit tiba-tiba malaikat Izrail datang menjenguk dan menunaikan perintah Allah, adakah kita ada bersama dengan mereka. Mengajar dia mengucap dan membaca yassin sewaktu dia sedang nazak. Masyallah sayunya hati ketika ini bila mengingatkannya.

Adakah kita selalu bertengkar atau berselisihan faham ?maka harus membenci mereka?tiada perkhabaran?tidak sudi untuk menjenguk mereka di kampung. Mengapa kita kena ada perasaan sebegitu.Sering kali kita mendengar anak mengadu tidak sanggup menjaga ora ngtua mereka apatah lagi kija orang tua mereka sakit ataupun nyayok. Bila sakit dihantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bila rawatan itu mengambil masa yang lama dan memerlukan penjagaan khas, maka si anak mula rasa bosan menjaga.Sewaktu dihospital dijenguk tiap-tiap hari, kemudian tiga hari sehari kemudian sehari seminggu lama-kelamaan penziariahi nya di selang satu hari sebulan dan akhirnya langsung tidak diziarahinya orang tua itu. Akhirnya pihak hospital membuat keputusan untuk menghubungi pihak yang berkenaan untuk memindahkan mereka di tempat yang selamat. Maka tinggallah mereka di pusat atau rumah jagaan orang tua. Tanpa belaian anak-anak.Mana anak-anak mereka? Ada juga yang sanggup menghantar orang tua mereka setelah  harta mereka telah dipindah milik kepada anak-anak mereka ? Tinggallah si tua sehelai sepinggang. Akhirnya si tua ini di hantar ke rumah jagaan orang tua.

Baru-baru ini aku berkesempatan melawat rumah jagaan orang tua di Puchong, buat pertama kalinya aku menjejaki kaki disini bersama senior management dan beberapa rakan bagi menyumbangkan beberapa keperluan orang-orang tua disini. Disamping beberapa keperluan disertakan juga sedikit sumbangan kewangan untuk menambah dana disitu. Dari seorang ke seorang aku temui masing-masing meluahkan perasaan rindu pada rumah sendiri. Tiada sanggup berlama disini, dengan keadaan penghuni yang rata-rata nyanyuk aku hanya menadah telinga meluahkan perasaan sambil menepuk bahunya sambil meminta dia bersabar. Dalam hati kecil berkata dimana anak-anak mereka? Aku memberanikan diri bertanya anak-anak dimana? Dia hanya mengelengkan kepala dan mengoyangkan tangan. Aku tidak berani lagi tanya bila melihat air matanya bergenang dikelopak matanya. Setelah beberapa jam berada disitu,kami mulai beredar untuk balik. Sebelum itu aku mendapatkan pengasas atau tuan punya rumah jagaan tersebut bertanya jika penghuni rumah ini ingin balik , bagaimana? Jawab Pn Muji berkata jika anak-anak dia ambil dia pun tak larang..tapi kebanyakkan yang tinggal disini akan berakhir disini juga . 

 

Pn Muji Sulaiman-peramah orangnya

Semoga Allah melindungi dan memberkati apa yang yang telah Pn Muji lakukan dan kepada individu yang telah menubuhkan rumah jagaan orang tua dan juga rumah kebajikan anak yatim piatu.
Sesungguhnya niat dan perbuatan yang baik akan dipermudahkan oleh Allah.

Berapa ramaikah rakyat Malaysia berhati baik macam Pn Muji..?Kita mungkin tidak mampu untuk menubuhkan pusat kebajikan tetapi cukuplah kita berbaik dan menghormati ibubapa kita selagi mereka masih bernyawa. Bersedekah itu amalan mulia tetapi kewajipan kita sebagai anak jangan dilupakan.

Dah talipon ibu ayah? talipon lah untuk bertanya perkhabaran mereka..Jangan lupa pada jasa mereka .okey

Jumpa lagi .semoga kita tidak tergolong menjadi anak durhaka. Amin

Wassalam-Syurga di tapak kaki ibu.





Monday, 15 July 2013

Amalan mulia si anak di bulan mulia



Hari ini masuk hari yang ke tujuh umat islam menunaikan rukun islam yang ketiga. Alhamdullilah setakat ini anak-anak masih boleh bertahan terutamanya  أخت صغيرة (bermaksud adik kecil). Ragamnya masih sama setiap pulang sekolah selesai bersembahyang asar soalan yang biasa ialah lagi berapa jam lagi  berbuka.
Jawapan yang agak kreatif terpaksa di luahkan demi menjaga hatinya dan membantu nya untuk bertahan lagi sejam setengah.  

Semalam, أخت صغيرة dilihat memasukkan beg dompet kedalam kocek baju sekolahnya. Aku bertanya

"kenapa bawa beg dompet ke sekolah , puasa kan tak pergi kantin?

" Cikgu cakap bulan puasa elok bersedekah, jadi nanti kat sekolah nak bersedekah" jawab si أخت صغيرة sambil mengira duit yang terdapat didalam dompetnya"

"Oh..nak sedekah berapa ringgit" tanya ku sambil membetulkan tudung dikepalanya.

"Tak tahu, kalau bagi satu ringgit boleh tak " sambil menunjukan duit satu ringgit kepada ku.

"Boleh jer, asal ikhlas, tapi tak payah lah bawa dompet, nanti tercicir bawa satu ringgit simpan dalam buku"terangku.

"Ok ." Dia menganggukan kepala dan mengambil duit satu ringgit dan dompetnya di letakkan didalam laci .

Pulang dari sekolah semalam, أخت صغيرة memberitahuku pada hari ini  sedekah takde, cuma hari jumaat jer. Jadi hari jumaatأخت صغيرة akan bagi cikgu.

Malam tadi, suami ku bertanya pada anak-anak jika sesiapa ada wang tukaran lima puluh ringgit kepada sepuluh ringgit, أخت صغيرة pun mengambil tabungnya , nyata tidak cukup untuk menukar hanya ada dua puluh ringgit sahaja. Suami berkata kepada أخت صغيرة sambil mengambil wang dua puluh ringgit yang dihulurkan oleh أخت صغيرةk

"Ayah pinjam dulu ye, sebab duit ini aya h tak de pecah..ada orang kirim sedekah kat surau , nanti kalau ada pecah ayah pulangkan"

Sambil menganggukأخت صغيرة dia menjawab  "Takpe lah Ayah, ambil jer .أخت صغيرةsedekah, Cikgu kata bulan puasa ni .

"Bagusnya anak ayah ni" suamiku memeluk sambil mengusap dikepala anakku yang memang sedia dilentukkan kedada ayahnya. Sememangnya anak itu anak yang manja.

Alhamdullilah , mulia sungguh hatimu, kecil lagi dah mula nak bersedekah , mudahan amalan mulia mu akan di kekal hingga dewasa.


Dalila dream's

Friday, 12 July 2013

Harga sebuah pembaziran

Sesungguhnya hari ini hari pelepasan hari berkerja. Alhamdullilah cuaca pagi ini cerah sangat, jika ingin meyidai kain amat sesuai sangat. Yang tidak best nya mata mulai layu apatah lagi bila tempias angin dari kipas menyentuh anak mata..

Hari ini anak-anak bersekolah ganti mengantikan cuti kerana jerebu tempohari. Plan hari ini nak mengajak suami berbuka diluar tapi bukan di hotel sekadar di restoran biasa saja. Memandangkan harga buffet sahaja yang hampir mencecah seratus seorang, rasanya tidak berbaloi untuk menjamu selera di sana. Tetapi bagi keluarga yang berkemampuan tentu tidak menjadi masalah. Kebiasaannya keluarga yang berkemampuan pun sering mendapat baucer free pemberian daripada kenalan atas jawatan yang disandang. Murah betul rezeki sudahlah kaya semakin kaya lah mereka-mereka ini. Berbanding dengan keluarga yang berpendapatan sederhana adalah lebih baik jika mereka menjamu selera di tempat-tempat yang agak murah berbanding dengan harga makanan dihotel. Sempena dibulan puasa ini biarlah kita lebih banyak bersedekah daripada membazir. Membazir itu amalan siapa? Amalan syaitan.  Beringatlah dan peringatan ini khas dtujukan untuk diri ku sendiri. Sekejap lagi aku akan search restoran-restoran yang ada buffet di Bandar Shah Alam. Harapan ku agar harga yang ditawarkan berbaloi dan tidak membazir.


-Dalila dreams




Thursday, 11 July 2013

Ketenangan Bertamu Dihati



Pagi yang tenang ini , sesampai di pejabat aku  terus mengambil wuduq untuk menunaikan solat Dhuha. Betapa kerdilnya kau bila menunaikan solat Dhuha dengan sepasang tangan ku tadahkan untuk memohon kerahmatan dariNya. Maha suci Allah aku panjatkan doa ini untuk kebaikan ku dan keluarga..

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
 Terlayar diwajahku Baitullah yang tersergam indah di bumi Mekah , tiba-tiba rasa sayu bila menginggatkan kenangan mengerjakan umrah. Ya Allah kau serulah namaku untuk menjadi tetamu mu. Ketenangan hati bila berada dekat dengan rumah mu dan bila aku terpaksa meninggalkan rumahmu aku jadi begitu sayu. Ah hati kuatkan lah semangat dan aku berkata dalam hati bahawa aku akan menjejaki ke tanah suci.  

hari ini sahabat yang cuti semalam sudah pun hadir ke pejabat, maka tenanglah hati ku..tetapi bila dia berkata bahawa insyallah tahun ini dia dapat menunaikan haji, tiba-tiba hati menjerit arghhhhh......,bukan  tidak suka dia dapat mengerjakan haji tetapi nanti ketiadaanya terpaksa diganti siapa lagi kalau bukan yang orang sedang menaip ini. Mudah-mudahn masalah aku dapat diselesaikan, kalau tidak pun balik semula pejabat asal ku. Impian ku agar aku mendapat kerja ku balik dengan keadaan yang suksess . Harap-harap begitulah.

Dalila Dream's 







Ramadhan yang dingin

Alhamdullilah, masuk hari ini umat islam sudah berpuasa 2 hari. Hujan masih membasahi bumi tetapi agak lebat berbanding daripada semalam. Sehingga kini ketika menaip pun hujan masih sudi membashi bumi di kawasan Subang ini. Kedinginan sebegini  sudah lama tidak dirasai setelah beberapa hari negeri selangor dilanda jerebu. Walaubagaimanpun inilah dugaan yang perlu dihadapi selagi hayat masih ada.

Kemalangan sering berlaku walaupun kita sentiaa berhati-hati. Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang 2 kenderaan tersadai dijalan raya . Rasanya perlanggaran tersebut masih baru sebab kelihatan pemandu kenderaan tersebut masih didalam kenderaan. Masyallah .Ingin rasa hati hendak membantu namun keperluan menyediakan juadah berbuka membuatkan hati berdoa agar sipemandu masing-masing dalam keadaan selamat hendaknya.

Juadah berbuka puasa semalam agak simple disediakan namun perasaan berbuka lebih teruja daripada juadah yang disediakan. Terasa nikmatnya berbuka pada hari pertama bersama suami dan anak-anak .Sambil makan sambil bercerita. Anak-anak tidak putus-putus bercerita tentang kawan-kawannya disekolah sehinggakan waktu sudah menginjak ke jam 8 malam. Solat magrib pun belum lagi. Aduh ..Ya Allah ampuni kami atas kelalaian kami.

Hari ini kami bersahur untuk ramadhan yang ke 2, nasi,telur goreng, ayam masak merah dan sop suhun masih menjadi juadah yang mampu dilakukan. Setelah menyediakan juadah dan sementara menunggu nasi masak ,melaksanakan ibadah sunat adalah sesuai. Setelah selesai melaksanakan ibadah sunat , waktu mengejutkan suami dan anak-anak. Alhamdullilah anak-anak bersahur berselera lebih-lebih lagi anak yang bungsu meminta menambah nasi , prepare untuk berpuasa esok supaya tidak lapar..wahai anak ada saja ragammu tidak mengapa asal kau berusaha menuruti rukun islam yang ke 2. Syukur pada mu ya Allah.

Ketika ini , hujan masih turun lagi tidak tahu sampai bila hentinya dan hari ini aku menggantikan seorang sahabat yang bercuti. Maka aku berada di pejabat nya . Sampai bila pekerjaan aku begini ya. Seperti pelari simpanan lagaknya.

Wahai hati kau sabarlah,


Tuesday, 9 July 2013

Selamat Menyambut Ramadhan




Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga bulan ini akan memberkati seluruh umat islam di dunia ini.Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk menyediakan makanan untuk bersahur. Sementara menanti nasi masak aku melakukan solat-solat sunat seperti mana yang aku hajatkan. Aku mahu melakukan solat-solat itu seperti mana yang aku pernah lakukan sebelum pergi megerjakan umrah. Ya Allah aku mohon padamu janganlah kau lalaikan padaku ibadah-ibadah ini. Aku mohon Ya Allah. 

oh Nasi mula masak .. Nasi panas adalah perlu bagi aku untuk bersahur bagi fresh sikit .Lauk sayur ala simple dan milo panas. Cukup simple . Semoga anak-anakku dapat menunaikan ibadat puasa pada hari ini dengan sabar.

Pagi ini rintik hujan membasahi bumi bagai menyambut hari pertama Ramadhan, Syukur Alhamdullilah sejuk , Doaku moga aku dapat menjalani pekerjaan yang diberi dengan suksess.

Pagi tadi aku diberi kerja yang cukup senang dan aku dapat melakukan dengan baik, tetapi bila perkerjaan yang diberi itu ditambah sedikit aku mulai kalut kerana permintaan pekerjaan itu perlu disiapkan segera. Memandangkan aku baru ditukarkan di office ini , aku masih tidak tahu bahan-bahan yang aku perlukan tempatnya dimana. Walaupun begitu aku lalui dengan sabar dan tenang. Akhirnya siap juga. Mudahan-mudahan apa yang aku lakukan tadi tiada masalah .Harap-harap lah.

Mendengar berita bahawa sekumpulan rakan akan diberhentikan membuat aku pasrah dengan ketentuan perkerjaan aku. Hanya Allah yang aku pohon pertolongan dan memahami isi hati ku. Moga ramadhan ini memberi aku keyakinan dan ketenangan menghadapi luku-liku perjalanan.

Semoga impian ku menjadi kenyataan .Mimpi yang amat indah akan tercapai jua.

Amin Ya Rab Alamin.


Dalila dream's


Sunday, 7 July 2013

Wahai Hati Redha Lah..



Hari ini aku rasa ok nak g kerja..nape ekk..aku berserah pada Allah mungkin inilah tempat aku yang telah Allah tentukan setelah aku beristiharah beberapa hari . Ya Allah kau berikanlah pertolongan kepada hambamu yang kerdil ini.

Mudah-mudahan hari ini segala yang aku lakukan berjalan dengan lancar dan gembira . Seperti mana tulip biru ini akan berkembang  pada esok hari.