Sementara menunggu hujan lebat pada hari jumaat lepas, aku berhajat untuk menemui Pengurus Besar HR lebih awal dari temujanj yang diberikan. Alhamdulillah dapat juga aku bertemu ,kerana sebelum ini amat sukar untuk bertemu dengannya. Aku pun tak tahu mengapa?adakah dia saja mengelak bertemu atau setiausahanya yag tidak pandai memenuhi kehendak staff yang lain. Pada petang itu aku menemuinya dengan harapan mendapat penjelasan yang bersarang dihati. Dengan rasa teruja aku menemui beliau, melalui riak wajahnya dapat ditafsirkan bahawa dia tidak berminat untuk menemuiku.Namun aku terus juga menanyakan beberapa soalan yang berlegar yang menganggu ku. Dengan penerangan yang diberikan dengan rasa sombong dan tiada ketokohan professional setaraf dengan jawatannya jelas mengatakan ianya satu kesilapan syaikat ditempat kerjaku mengambil dia bagi mengisi jawatan tersebut. Biarpun sijil bertimbun kelayakannya memang diragui.Keegoan,komunikasi,tindakannya memang diragui, apatah lagi percakapannya penuh dengan ugutan. Perlukah seorang pengurus besar mengugut staff untuk diberhentikan..perlukah...atas sebab apa ?hanya sebab staff seperti aku minta ditransfer.
Jika benarlah Syarikat menanggung kemelesetan yang kritikal, staff tidak patut dipersalahkan. Staff hanya berkerja mengikut perintah yang diberikan, Setiap ketua yang berkelibar akan membantu staff jika ada staff yang mengalami masalah pada pekerjaannya, barulah hasil pekerjaannya excellent.
Bersambung pada penceritaanku tadi dengan Pengurus tadi, setiap patah perkataannya aku simpan dan yang paling menyedihkan hatiku dia seolah tidak mahu memahami masalah aku dan tidak berjaya menyelesaikan masalah aku. So aku dapat simpulkan bahawa dia memang worse menjadi Pengurus Besar Human Resources. Memang betul lah beberapa rakan memberitahu yang dia memang STUPID mulanya aku tidak berapa setuju dengan kenyataan rakan, namun seteah aku melalui sendiri ianya memang benar.
Pada hari rabu nanti aku akan bertemu pula dengan"Madam" untuk penjelasan seterusnya..Moga-moga mendapat penjelasan dengan sempurna dan tidak menyakitkan hati ku.
Ya Allah aku bukan bedemdam namun kau jauhkan Pengurus dari syarikat tempatku yang menjadi kesayanganku . Nyahkan dia dari situ.
Amin...
No comments:
Post a Comment