Semenjak aku pulang mengerjakan umrah aku memang tekad untuk melakukan solat yang waktunya sebahagian dari malam yang selalu disarankan oleh ustaz atau ustazah sebelum pergi menunaikan umrah. Kini aku melatih diri melakukan solat malam setiap hari tanpa miss sekalipun kecuali tetamu jemputan bulanan yang memang tidak dapat di elakkan. Mengimbau masa silam sebelum mengerjakan umrah, aku terasa betapa ruginya aku tidak menyahut seruanNya, malah saban hari Allah mengejutkan aku untuk mengerjakan solat dan menunaikan hajat yang selalu aku pasang dalam hati sebelum tidur tapi malangnya selalu tidak kesampaian akibat tidur yang lebih mahal harganya dan hasutan syaitan yang berjaya melenakan aku . Lazimnya setiap malam aku akan terjaga untuk membuang air kecil atau rasa dahaga, tetapi tidak pernah mahu untuk bersujud untuk melakukan solat tahajjud atau hajat, rasanya lebih baik tidur kerana beralasan esok berkerja atau aku akan menunggu hari cuti untuk melakukan solat-solat ini.
"Dan (dengan apa keaddan pin maka) pada bahagian daripada waktu malam sujudlah pada Tuhan (dengan mengerjakan solat) dn (seboleh-bolehny) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sola Tahajjud), pasa sebahagian yang panjang daripada waktu malam"
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Bak kata pepatah Yang bulat tidak datang melayang dan yang pipih tidak datang bergolek.
Seperti tahun-tahun yang lalu ketika dibulan ramadhan , aku akan menyediakan juadah sahur bagi kaum keluargaku . Tetapi tahun ini aku melakukan kelainan untuk diriku sendiri iaitu aku akan set alarm jam lebih awal , maknya aku berpeluang melakukan solat-solat sunat , bertilawah sementara menunggu masa untuk menyediakan sahur.Kalau dahulu aku hanya melakukan solat sunat sahaja tanpa tilawah itupun dengan keadaan masa yang terdesak.
Benar, setiap Ramadhan umat islam
disarankan bangun sahur dan ini secara tidak lansung memberi kita
latihan pratikal untuk kta bangun solat malam. Bezanya samada amalan ini
diteruskan atau hanya dilakukan sebagai tradisi sahaja. Namun
persoalannya sempatkah kita bertemu bulan Ramadhan pada tahun depan?
Maha suci Allah Allah memberi aku ruang untuk melakukan amalan ini. Syukran, ini lah peluang yang Allah berikan kepadaku untuk menghambakan diri dibulan yang amat mulia ini dan memberi nikmat yang tidak tehringga kepada ku sendiri. Tidak mampu diucapkan melalui kata-kata cukuplah sekadar aku yan merasainya. Terima kasih Ya Allah nikmat yang kau berikan pada ku.
Terima kasih Ya ALLAH , semoga kau menerima ibadat ku selama-lamanya.
-Dream dalila-

No comments:
Post a Comment