Hari ini masuk hari yang ke tujuh umat islam menunaikan rukun islam yang ketiga. Alhamdullilah setakat ini anak-anak masih boleh bertahan terutamanya أخت صغيرة (bermaksud adik kecil). Ragamnya masih sama setiap pulang sekolah selesai bersembahyang asar soalan yang biasa ialah lagi berapa jam lagi berbuka.
Jawapan yang agak kreatif terpaksa di luahkan demi menjaga hatinya dan membantu nya untuk bertahan lagi sejam setengah.
Semalam, أخت صغيرة dilihat memasukkan beg dompet kedalam kocek baju sekolahnya. Aku bertanya
"kenapa bawa beg dompet ke sekolah , puasa kan tak pergi kantin?
" Cikgu cakap bulan puasa elok bersedekah, jadi nanti kat sekolah nak bersedekah" jawab si أخت صغيرة sambil mengira duit yang terdapat didalam dompetnya"
"Oh..nak sedekah berapa ringgit" tanya ku sambil membetulkan tudung dikepalanya.
"Tak tahu, kalau bagi satu ringgit boleh tak " sambil menunjukan duit satu ringgit kepada ku.
"Boleh jer, asal ikhlas, tapi tak payah lah bawa dompet, nanti tercicir bawa satu ringgit simpan dalam buku"terangku.
"Ok ." Dia menganggukan kepala dan mengambil duit satu ringgit dan dompetnya di letakkan didalam laci .
Pulang dari sekolah semalam, أخت صغيرة memberitahuku pada hari ini sedekah takde, cuma hari jumaat jer. Jadi hari jumaatأخت صغيرة akan bagi cikgu.
Malam tadi, suami ku bertanya pada anak-anak jika sesiapa ada wang tukaran lima puluh ringgit kepada sepuluh ringgit, أخت صغيرة pun mengambil tabungnya , nyata tidak cukup untuk menukar hanya ada dua puluh ringgit sahaja. Suami berkata kepada أخت صغيرة sambil mengambil wang dua puluh ringgit yang dihulurkan oleh أخت صغيرةk
"Ayah pinjam dulu ye, sebab duit ini aya h tak de pecah..ada orang kirim sedekah kat surau , nanti kalau ada pecah ayah pulangkan"
Sambil menganggukأخت صغيرة dia menjawab "Takpe lah Ayah, ambil jer .أخت صغيرةsedekah, Cikgu kata bulan puasa ni .
"Bagusnya anak ayah ni" suamiku memeluk sambil mengusap dikepala anakku yang memang sedia dilentukkan kedada ayahnya. Sememangnya anak itu anak yang manja.
Alhamdullilah , mulia sungguh hatimu, kecil lagi dah mula nak bersedekah , mudahan amalan mulia mu akan di kekal hingga dewasa.
Dalila dream's
No comments:
Post a Comment