Sunday, 28 July 2013

Sujudku hanya padamu Ya Allah


 Semenjak aku pulang mengerjakan umrah aku memang tekad untuk melakukan solat yang waktunya sebahagian dari malam yang selalu disarankan oleh ustaz atau ustazah sebelum pergi menunaikan umrah. Kini aku melatih diri melakukan solat  malam setiap hari tanpa miss sekalipun kecuali tetamu jemputan bulanan yang memang tidak dapat di elakkan. Mengimbau masa silam sebelum mengerjakan umrah, aku terasa betapa ruginya aku tidak menyahut seruanNya, malah saban hari Allah mengejutkan aku untuk mengerjakan solat dan menunaikan hajat yang selalu aku pasang dalam hati sebelum tidur tapi malangnya selalu tidak kesampaian akibat tidur yang lebih mahal harganya dan hasutan syaitan yang berjaya melenakan aku . Lazimnya setiap malam aku akan terjaga untuk membuang air kecil atau rasa dahaga, tetapi tidak pernah mahu untuk bersujud untuk melakukan solat tahajjud atau hajat, rasanya lebih baik tidur kerana beralasan esok berkerja atau aku akan menunggu hari cuti untuk melakukan solat-solat ini.

Surah Al-Insan Ayat 26 bermaksud;

"Dan (dengan apa keaddan pin maka) pada bahagian daripada waktu malam sujudlah pada Tuhan (dengan mengerjakan solat) dn (seboleh-bolehny) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sola Tahajjud), pasa sebahagian yang panjang daripada waktu malam"

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Bak kata pepatah Yang bulat tidak datang melayang dan yang pipih tidak datang bergolek.

Seperti tahun-tahun yang lalu ketika dibulan ramadhan , aku akan menyediakan juadah sahur bagi kaum keluargaku . Tetapi tahun ini aku melakukan kelainan untuk diriku sendiri iaitu aku akan set alarm jam lebih awal , maknya  aku berpeluang melakukan solat-solat sunat , bertilawah sementara menunggu masa untuk menyediakan sahur.Kalau dahulu aku hanya melakukan solat sunat sahaja tanpa tilawah itupun dengan keadaan masa yang terdesak.

Benar, setiap Ramadhan umat islam disarankan bangun sahur dan ini secara tidak lansung memberi kita latihan pratikal untuk kta bangun solat malam. Bezanya samada amalan ini diteruskan atau hanya dilakukan sebagai tradisi sahaja. Namun persoalannya sempatkah kita bertemu bulan Ramadhan  pada tahun depan?

Maha suci Allah Allah memberi aku ruang untuk melakukan amalan ini. Syukran,  ini lah  peluang yang Allah berikan kepadaku untuk menghambakan diri dibulan yang amat mulia ini dan  memberi nikmat yang tidak tehringga kepada ku  sendiri. Tidak mampu diucapkan melalui kata-kata cukuplah sekadar aku yan merasainya. Terima kasih Ya Allah nikmat yang kau berikan pada ku.

Terima kasih Ya ALLAH , semoga kau menerima ibadat ku selama-lamanya.


-Dream dalila-



Friday, 26 July 2013

Kuasa doa oleh Ustaz IAzhar di TV Alhijrah


 
 Assalamualaikum wbk,

Pagi ini agak  dingin , hembusan angin sepoi sepoi bahasa di luar rumah seolah-olah berada  di tepi pantai. Begitu nyaman dan syahdu. Cuaca pula tenang saja dan cahaya di langit tidak berapa panas. memang rasa tenang sangat. Pagi tadi selepas solat dhuha dan bertilawah  hati rasa tersentuh bila mana di setiap ayat yang tertulis nama Allah dan Rasullah tetiba sayu sangat sehingga menitik air mata ku, apakah rahmat dari Allah betapa sayu sangat terbayang-bayang Kaabah,dosa-dosa silam. Tersedu-sedu aku menahan airmata jatuh..aah..inikah rahmatmu Ya Allah. Aku terima rahmat pun , aku rindu mu.

Selepas mengemas rumah seadanya, Siaran Al-Hijrah pada pagi ini menjadi pilihan.   Tajuk tazkirah pagi ini amat tersemat di hati dan aku mula coretkan untuk panduan ku dan pembaca kalian

Ketika Rasullah SAW ingin berhajat maka beliau Rasullah SAW akan berdoa secara consisten , maka kita sebagai manusia biasa perlu juga perlu berdoa secara consisten. Perlu hayati dan ikhlas untuk berdoa. Jika ita memohon sesuatu hajat maka jangan kita lupa bahawa Allah itu akan memakbulkan doa kita tetapi dengan syarat kita perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemakbulan hajat tersebut.

Firman Allah Ta'ala ;
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ {186}


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186).
Tafsir Ayat : 186

Ayat ini adalah jawaban dari suatu pertanyaan, beberapa sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada beliau seraya berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Rabb kami itu dekat hingga kami membisiki-Nya ataukah Dia jauh hingga kami menyeruNya?” , kemudian turunlah ayat, { وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ } “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat” karena sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Mengawasi, Maha Melihat dan Mengetahui apa yang tersembunyi dan dirahasiakan, Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati dan Dia sangat dekat dari orang yang berdoa kepadaNya dengan mengabulkannya, oleh karena itu Dia berfirman, {أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ } “Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu” berdoa itu ada dua macam, doa ibadah dan doa meminta.

Menurut Ustaz Izhar, Sesiapa yang berdoa , maka Allah akan memakbulkan doa nya dan diberi cash contohnya doa yang kita mohon Allah akan memakbulkan serta merta, seandainya doa kita tidak dimakbulkan serta merta maka doa itu akan dimakbulkan dan diberikan pada generasi kita atau diberikan kepada pada waktu yang tertentu  ataupun doa itu dimakbulkan dan diberikan ketika dipadang Masyar di akhirat kelak.
Afdal berdoa
Jika berdoa sebaiknya berdoa selesai solat fardhu 

Adab berdoa

1). Mencari waktu mustajab berdoa
    - Hari jumaat ketika khatib naik mimbar (waktu mustajab) dari jumaat sampai magrib
    - Sepanjang dibulan ramadhan 
    - Ketika  menunaikan hajihari-hari di Arafah, bermalam di Mina dan  di muzalifah

 Tanda doa kita dimakbulkan  ialah sentiasa dipermudahkan  contohnya Jika kita berdoa untuk mengerjakan umrah tetiba dapat kita rezeki dan segala pemprosesan untukk mendapatkan visa tidak ada masalah.cepat  tak de masalah.

Jadi tak sabar nak tunggu mingu depan untuk menonton TV Alhijrah untuk menyambungan penjelasanadab berdoa. Mudahan aku diizinkan untuk mendengar penjelasan ustaz.

Semoga doa kita semua diperkenankan oleh Allah SWT. InsyAllah

Wassalam.-dream dalila



Friday, 19 July 2013

Sayunya hati-Rumah jagaan & rawatan orang tua Al-ikhlas,puchong

Assalamualaikum, semoga ramadhan ini akan memberkati kita dan menjadi kenanagan terindah buat diri rakan-rakan dan mereka yang sudi melayari blog yang daif ini.

Bagaimana keadaan ayah ibu anda semua?adakah mereka sihat?Sudah makan kah dia?Sudah minum ke dia?Bulan puasa ni juadah apa yang mereka makan?Agaknya pukul berapa dia pergi menunaikan solat  terawih di surau atau masjid? Pernahkah  terfikir jika ibu ayah tiada , apa perasaan kita. Jika ibu ayah sedang sakit?Dapatkah kita menjaganya?Sedang mereka sakit tiba-tiba malaikat Izrail datang menjenguk dan menunaikan perintah Allah, adakah kita ada bersama dengan mereka. Mengajar dia mengucap dan membaca yassin sewaktu dia sedang nazak. Masyallah sayunya hati ketika ini bila mengingatkannya.

Adakah kita selalu bertengkar atau berselisihan faham ?maka harus membenci mereka?tiada perkhabaran?tidak sudi untuk menjenguk mereka di kampung. Mengapa kita kena ada perasaan sebegitu.Sering kali kita mendengar anak mengadu tidak sanggup menjaga ora ngtua mereka apatah lagi kija orang tua mereka sakit ataupun nyayok. Bila sakit dihantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bila rawatan itu mengambil masa yang lama dan memerlukan penjagaan khas, maka si anak mula rasa bosan menjaga.Sewaktu dihospital dijenguk tiap-tiap hari, kemudian tiga hari sehari kemudian sehari seminggu lama-kelamaan penziariahi nya di selang satu hari sebulan dan akhirnya langsung tidak diziarahinya orang tua itu. Akhirnya pihak hospital membuat keputusan untuk menghubungi pihak yang berkenaan untuk memindahkan mereka di tempat yang selamat. Maka tinggallah mereka di pusat atau rumah jagaan orang tua. Tanpa belaian anak-anak.Mana anak-anak mereka? Ada juga yang sanggup menghantar orang tua mereka setelah  harta mereka telah dipindah milik kepada anak-anak mereka ? Tinggallah si tua sehelai sepinggang. Akhirnya si tua ini di hantar ke rumah jagaan orang tua.

Baru-baru ini aku berkesempatan melawat rumah jagaan orang tua di Puchong, buat pertama kalinya aku menjejaki kaki disini bersama senior management dan beberapa rakan bagi menyumbangkan beberapa keperluan orang-orang tua disini. Disamping beberapa keperluan disertakan juga sedikit sumbangan kewangan untuk menambah dana disitu. Dari seorang ke seorang aku temui masing-masing meluahkan perasaan rindu pada rumah sendiri. Tiada sanggup berlama disini, dengan keadaan penghuni yang rata-rata nyanyuk aku hanya menadah telinga meluahkan perasaan sambil menepuk bahunya sambil meminta dia bersabar. Dalam hati kecil berkata dimana anak-anak mereka? Aku memberanikan diri bertanya anak-anak dimana? Dia hanya mengelengkan kepala dan mengoyangkan tangan. Aku tidak berani lagi tanya bila melihat air matanya bergenang dikelopak matanya. Setelah beberapa jam berada disitu,kami mulai beredar untuk balik. Sebelum itu aku mendapatkan pengasas atau tuan punya rumah jagaan tersebut bertanya jika penghuni rumah ini ingin balik , bagaimana? Jawab Pn Muji berkata jika anak-anak dia ambil dia pun tak larang..tapi kebanyakkan yang tinggal disini akan berakhir disini juga . 

 

Pn Muji Sulaiman-peramah orangnya

Semoga Allah melindungi dan memberkati apa yang yang telah Pn Muji lakukan dan kepada individu yang telah menubuhkan rumah jagaan orang tua dan juga rumah kebajikan anak yatim piatu.
Sesungguhnya niat dan perbuatan yang baik akan dipermudahkan oleh Allah.

Berapa ramaikah rakyat Malaysia berhati baik macam Pn Muji..?Kita mungkin tidak mampu untuk menubuhkan pusat kebajikan tetapi cukuplah kita berbaik dan menghormati ibubapa kita selagi mereka masih bernyawa. Bersedekah itu amalan mulia tetapi kewajipan kita sebagai anak jangan dilupakan.

Dah talipon ibu ayah? talipon lah untuk bertanya perkhabaran mereka..Jangan lupa pada jasa mereka .okey

Jumpa lagi .semoga kita tidak tergolong menjadi anak durhaka. Amin

Wassalam-Syurga di tapak kaki ibu.





Monday, 15 July 2013

Amalan mulia si anak di bulan mulia



Hari ini masuk hari yang ke tujuh umat islam menunaikan rukun islam yang ketiga. Alhamdullilah setakat ini anak-anak masih boleh bertahan terutamanya  أخت صغيرة (bermaksud adik kecil). Ragamnya masih sama setiap pulang sekolah selesai bersembahyang asar soalan yang biasa ialah lagi berapa jam lagi  berbuka.
Jawapan yang agak kreatif terpaksa di luahkan demi menjaga hatinya dan membantu nya untuk bertahan lagi sejam setengah.  

Semalam, أخت صغيرة dilihat memasukkan beg dompet kedalam kocek baju sekolahnya. Aku bertanya

"kenapa bawa beg dompet ke sekolah , puasa kan tak pergi kantin?

" Cikgu cakap bulan puasa elok bersedekah, jadi nanti kat sekolah nak bersedekah" jawab si أخت صغيرة sambil mengira duit yang terdapat didalam dompetnya"

"Oh..nak sedekah berapa ringgit" tanya ku sambil membetulkan tudung dikepalanya.

"Tak tahu, kalau bagi satu ringgit boleh tak " sambil menunjukan duit satu ringgit kepada ku.

"Boleh jer, asal ikhlas, tapi tak payah lah bawa dompet, nanti tercicir bawa satu ringgit simpan dalam buku"terangku.

"Ok ." Dia menganggukan kepala dan mengambil duit satu ringgit dan dompetnya di letakkan didalam laci .

Pulang dari sekolah semalam, أخت صغيرة memberitahuku pada hari ini  sedekah takde, cuma hari jumaat jer. Jadi hari jumaatأخت صغيرة akan bagi cikgu.

Malam tadi, suami ku bertanya pada anak-anak jika sesiapa ada wang tukaran lima puluh ringgit kepada sepuluh ringgit, أخت صغيرة pun mengambil tabungnya , nyata tidak cukup untuk menukar hanya ada dua puluh ringgit sahaja. Suami berkata kepada أخت صغيرة sambil mengambil wang dua puluh ringgit yang dihulurkan oleh أخت صغيرةk

"Ayah pinjam dulu ye, sebab duit ini aya h tak de pecah..ada orang kirim sedekah kat surau , nanti kalau ada pecah ayah pulangkan"

Sambil menganggukأخت صغيرة dia menjawab  "Takpe lah Ayah, ambil jer .أخت صغيرةsedekah, Cikgu kata bulan puasa ni .

"Bagusnya anak ayah ni" suamiku memeluk sambil mengusap dikepala anakku yang memang sedia dilentukkan kedada ayahnya. Sememangnya anak itu anak yang manja.

Alhamdullilah , mulia sungguh hatimu, kecil lagi dah mula nak bersedekah , mudahan amalan mulia mu akan di kekal hingga dewasa.


Dalila dream's

Friday, 12 July 2013

Harga sebuah pembaziran

Sesungguhnya hari ini hari pelepasan hari berkerja. Alhamdullilah cuaca pagi ini cerah sangat, jika ingin meyidai kain amat sesuai sangat. Yang tidak best nya mata mulai layu apatah lagi bila tempias angin dari kipas menyentuh anak mata..

Hari ini anak-anak bersekolah ganti mengantikan cuti kerana jerebu tempohari. Plan hari ini nak mengajak suami berbuka diluar tapi bukan di hotel sekadar di restoran biasa saja. Memandangkan harga buffet sahaja yang hampir mencecah seratus seorang, rasanya tidak berbaloi untuk menjamu selera di sana. Tetapi bagi keluarga yang berkemampuan tentu tidak menjadi masalah. Kebiasaannya keluarga yang berkemampuan pun sering mendapat baucer free pemberian daripada kenalan atas jawatan yang disandang. Murah betul rezeki sudahlah kaya semakin kaya lah mereka-mereka ini. Berbanding dengan keluarga yang berpendapatan sederhana adalah lebih baik jika mereka menjamu selera di tempat-tempat yang agak murah berbanding dengan harga makanan dihotel. Sempena dibulan puasa ini biarlah kita lebih banyak bersedekah daripada membazir. Membazir itu amalan siapa? Amalan syaitan.  Beringatlah dan peringatan ini khas dtujukan untuk diri ku sendiri. Sekejap lagi aku akan search restoran-restoran yang ada buffet di Bandar Shah Alam. Harapan ku agar harga yang ditawarkan berbaloi dan tidak membazir.


-Dalila dreams




Thursday, 11 July 2013

Ketenangan Bertamu Dihati



Pagi yang tenang ini , sesampai di pejabat aku  terus mengambil wuduq untuk menunaikan solat Dhuha. Betapa kerdilnya kau bila menunaikan solat Dhuha dengan sepasang tangan ku tadahkan untuk memohon kerahmatan dariNya. Maha suci Allah aku panjatkan doa ini untuk kebaikan ku dan keluarga..

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
 Terlayar diwajahku Baitullah yang tersergam indah di bumi Mekah , tiba-tiba rasa sayu bila menginggatkan kenangan mengerjakan umrah. Ya Allah kau serulah namaku untuk menjadi tetamu mu. Ketenangan hati bila berada dekat dengan rumah mu dan bila aku terpaksa meninggalkan rumahmu aku jadi begitu sayu. Ah hati kuatkan lah semangat dan aku berkata dalam hati bahawa aku akan menjejaki ke tanah suci.  

hari ini sahabat yang cuti semalam sudah pun hadir ke pejabat, maka tenanglah hati ku..tetapi bila dia berkata bahawa insyallah tahun ini dia dapat menunaikan haji, tiba-tiba hati menjerit arghhhhh......,bukan  tidak suka dia dapat mengerjakan haji tetapi nanti ketiadaanya terpaksa diganti siapa lagi kalau bukan yang orang sedang menaip ini. Mudah-mudahn masalah aku dapat diselesaikan, kalau tidak pun balik semula pejabat asal ku. Impian ku agar aku mendapat kerja ku balik dengan keadaan yang suksess . Harap-harap begitulah.

Dalila Dream's 







Ramadhan yang dingin

Alhamdullilah, masuk hari ini umat islam sudah berpuasa 2 hari. Hujan masih membasahi bumi tetapi agak lebat berbanding daripada semalam. Sehingga kini ketika menaip pun hujan masih sudi membashi bumi di kawasan Subang ini. Kedinginan sebegini  sudah lama tidak dirasai setelah beberapa hari negeri selangor dilanda jerebu. Walaubagaimanpun inilah dugaan yang perlu dihadapi selagi hayat masih ada.

Kemalangan sering berlaku walaupun kita sentiaa berhati-hati. Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang 2 kenderaan tersadai dijalan raya . Rasanya perlanggaran tersebut masih baru sebab kelihatan pemandu kenderaan tersebut masih didalam kenderaan. Masyallah .Ingin rasa hati hendak membantu namun keperluan menyediakan juadah berbuka membuatkan hati berdoa agar sipemandu masing-masing dalam keadaan selamat hendaknya.

Juadah berbuka puasa semalam agak simple disediakan namun perasaan berbuka lebih teruja daripada juadah yang disediakan. Terasa nikmatnya berbuka pada hari pertama bersama suami dan anak-anak .Sambil makan sambil bercerita. Anak-anak tidak putus-putus bercerita tentang kawan-kawannya disekolah sehinggakan waktu sudah menginjak ke jam 8 malam. Solat magrib pun belum lagi. Aduh ..Ya Allah ampuni kami atas kelalaian kami.

Hari ini kami bersahur untuk ramadhan yang ke 2, nasi,telur goreng, ayam masak merah dan sop suhun masih menjadi juadah yang mampu dilakukan. Setelah menyediakan juadah dan sementara menunggu nasi masak ,melaksanakan ibadah sunat adalah sesuai. Setelah selesai melaksanakan ibadah sunat , waktu mengejutkan suami dan anak-anak. Alhamdullilah anak-anak bersahur berselera lebih-lebih lagi anak yang bungsu meminta menambah nasi , prepare untuk berpuasa esok supaya tidak lapar..wahai anak ada saja ragammu tidak mengapa asal kau berusaha menuruti rukun islam yang ke 2. Syukur pada mu ya Allah.

Ketika ini , hujan masih turun lagi tidak tahu sampai bila hentinya dan hari ini aku menggantikan seorang sahabat yang bercuti. Maka aku berada di pejabat nya . Sampai bila pekerjaan aku begini ya. Seperti pelari simpanan lagaknya.

Wahai hati kau sabarlah,


Tuesday, 9 July 2013

Selamat Menyambut Ramadhan




Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga bulan ini akan memberkati seluruh umat islam di dunia ini.Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk menyediakan makanan untuk bersahur. Sementara menanti nasi masak aku melakukan solat-solat sunat seperti mana yang aku hajatkan. Aku mahu melakukan solat-solat itu seperti mana yang aku pernah lakukan sebelum pergi megerjakan umrah. Ya Allah aku mohon padamu janganlah kau lalaikan padaku ibadah-ibadah ini. Aku mohon Ya Allah. 

oh Nasi mula masak .. Nasi panas adalah perlu bagi aku untuk bersahur bagi fresh sikit .Lauk sayur ala simple dan milo panas. Cukup simple . Semoga anak-anakku dapat menunaikan ibadat puasa pada hari ini dengan sabar.

Pagi ini rintik hujan membasahi bumi bagai menyambut hari pertama Ramadhan, Syukur Alhamdullilah sejuk , Doaku moga aku dapat menjalani pekerjaan yang diberi dengan suksess.

Pagi tadi aku diberi kerja yang cukup senang dan aku dapat melakukan dengan baik, tetapi bila perkerjaan yang diberi itu ditambah sedikit aku mulai kalut kerana permintaan pekerjaan itu perlu disiapkan segera. Memandangkan aku baru ditukarkan di office ini , aku masih tidak tahu bahan-bahan yang aku perlukan tempatnya dimana. Walaupun begitu aku lalui dengan sabar dan tenang. Akhirnya siap juga. Mudahan-mudahan apa yang aku lakukan tadi tiada masalah .Harap-harap lah.

Mendengar berita bahawa sekumpulan rakan akan diberhentikan membuat aku pasrah dengan ketentuan perkerjaan aku. Hanya Allah yang aku pohon pertolongan dan memahami isi hati ku. Moga ramadhan ini memberi aku keyakinan dan ketenangan menghadapi luku-liku perjalanan.

Semoga impian ku menjadi kenyataan .Mimpi yang amat indah akan tercapai jua.

Amin Ya Rab Alamin.


Dalila dream's


Sunday, 7 July 2013

Wahai Hati Redha Lah..



Hari ini aku rasa ok nak g kerja..nape ekk..aku berserah pada Allah mungkin inilah tempat aku yang telah Allah tentukan setelah aku beristiharah beberapa hari . Ya Allah kau berikanlah pertolongan kepada hambamu yang kerdil ini.

Mudah-mudahan hari ini segala yang aku lakukan berjalan dengan lancar dan gembira . Seperti mana tulip biru ini akan berkembang  pada esok hari.