Pagi yang tenang ini , sesampai di pejabat aku terus mengambil wuduq untuk menunaikan solat Dhuha. Betapa kerdilnya kau bila menunaikan solat Dhuha dengan sepasang tangan ku tadahkan untuk memohon kerahmatan dariNya. Maha suci Allah aku panjatkan doa ini untuk kebaikan ku dan keluarga..
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
Terlayar diwajahku Baitullah yang tersergam indah di bumi Mekah , tiba-tiba rasa sayu bila menginggatkan kenangan mengerjakan umrah. Ya Allah kau serulah namaku untuk menjadi tetamu mu. Ketenangan hati bila berada dekat dengan rumah mu dan bila aku terpaksa meninggalkan rumahmu aku jadi begitu sayu. Ah hati kuatkan lah semangat dan aku berkata dalam hati bahawa aku akan menjejaki ke tanah suci.
hari ini sahabat yang cuti semalam sudah pun hadir ke pejabat, maka tenanglah hati ku..tetapi bila dia berkata bahawa insyallah tahun ini dia dapat menunaikan haji, tiba-tiba hati menjerit arghhhhh......,bukan tidak suka dia dapat mengerjakan haji tetapi nanti ketiadaanya terpaksa diganti siapa lagi kalau bukan yang orang sedang menaip ini. Mudah-mudahn masalah aku dapat diselesaikan, kalau tidak pun balik semula pejabat asal ku. Impian ku agar aku mendapat kerja ku balik dengan keadaan yang suksess . Harap-harap begitulah.
Dalila Dream's
No comments:
Post a Comment